top of page

  RAGAAN 25 RAMD

'KAPAL PERANG MERAK'

 

           Ragaan utama memainkan peranan yang penting dalam menceritakan semangat juang sebenar anggota batalion ini. Perkara subjektif seperti semangat, kesungguhan dan kerjasama sukar digambarkan dengan perkataan dan penulisan. Maka dengan adanya ”Replika Kapal Layar Perang Tembaga” menceritakan bagaimana sebuah kapal yang sedang berlayar di lautan bergelora sebagai ragaan utama memberi suatu gambaran yang simbolik.

 

           Ukiran Burung Merak dan terdapat perang melambangkan sebagai batalion, manakala muatannya sebagai anggota yang berjuang. Kapal layar ini juga diertikan sebagai sebuah pasukan yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan walaupun rintangan yang mendatang. Tatkala kapal layar ini mengharungi lautan bergelora, tetap berlayar dengan tenang tanpa terumbang ambing.

 

           Hal Ini mencerminkan kebijaksanaan, kebolehan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap anggota dalam mengawal serta mengemudi dalam pelayaran menuju ke destinasinya. Sebuah kapal yang sempurna mestilah mempunyai seorang nakhoda iaitu seorang Pegawai Memerintah yang bijaksana, berkepimpinan dan berpengetahuan yang tinggi bagi mengemudikannya.

 

            Di samping itu, memerlukan kesetiaan, kerjasama, siap-sedia dan sanggup berkorban oleh setiap anak kapal. Semua anak kapal semestinya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang cuaca buruk bersesuaian dengan cogan kata pasukan iaitu ‘Sentiasa Sedia’. Ciri-ciri tersebut diibaratkan sama seperti pasukan ini yang menjadi kebanggaan setiap warga pasukan.

bottom of page