top of page

SEJARAH PENUBUHAN

 

 

1.         Latar Belakang Membawa Kepada Penubuhan Unit.   Sejarah Penubuhan Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu DiRaja bermula dalam tahun 1960 yang mana dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) yang di tempatkan di  Alor Setar, Kedah dan Bukit Keteri, Perlis. Pada tahun 1964 pasukan ini dikerah sepenuh masa sebagai Batalion Infantri sehingga tahun 1967. Dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, batalion ini dikerah sepenuh masa bagi kali kedua dan dikenali sebagai 13 MTA dan di tempatkan di Kem Batu Uban, Pulau Pinang. Pada 01 Mac 1979 pasukan ini dengan rasminya diserapkan menjadi warga RAMD dan dikenali sebagai Batalion Kedua Puluh Lima  Rejimen Askar Melayu DiRaja. Pada 01 Ogos 2008 sekali lagi pasukan mencipta sejarah apabila diistiharkan sebagai Batalion Infantri Standart (BIS) bertempat di Padang Kawad 1 RAMD Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

 

2.         Tarikh Penubuhan.      Pasukan telah ditubuhkan pada 01 Mac 1979.

 

3.         Tempat Penubuhan.      Kem Ramilies, Ipoh, Perak.

 

4.         Kuasa Penubuhan.       FED/M/306079

bottom of page